Bergambar berlatar belakang Gunung Kinabalu
Bersama penari-penari Semazau
Bot di Jetty Jeselton ke Tmn Tunku Abd Rahman
Di kaki Gunung Kinabalu
Pantai Pulau Manukan
Sea Food dinner di Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant Kota Kinabalu, Sabah
Kota Kinabalu, Sabah dahulunya dikenali sebagai Jeselton.Saya bersama keluarga menetap disana selama 6 tahun dari 2002-2008.Banyak tempat2 menarik utk dikunjungi di Kota Kinabalu.Antaranya adalah Gunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara terletak di bandar Kundasang,perjalanan dari bandar KK ke kaki gunung ini mengambil masa lebih kurang 2 jam.Anda juga boleh menikmati keindahan pantai dan pulaunya dengan pergi melawat ke Taman Tunku Abd Rahman, ianya terdiri dari 3 pulau besar iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan & Pulau Mamutik.Untuk ke pulau2 tersebut kita perlu menaiki bot di Jeti Jeselton.Terletak bersebelahan Pej. Kastam.Kota Kinabalu juga terkenal dgn makanan laut nya yang boleh dikatakan agak murah & segar jika dibandingkan dengan lain-lain bandar di Malaysia.Kebiasanya bagi pelancung saya mencadangkan Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant Kota Kinabalu, Sabah .Keunikannya selain dari menyajikan makanan laut yang enak ia juga ada menyediakan persembahan tarian semazau iaitu tarian masyarakat Kadazan Dusun .Pastikan anda membuat tempahan awal kerana biasanya ia selalu penuh.Sekiranya anda ke K.Kinabalu tempat yg wajib dilawati adalah Pasar Filipina.Kebanyakan gerai2nya menjual mutiara,perhiasan kristal dan barang2 kraftangan.
hi, do you have any package available to kota kinabalu, sabah?
ReplyDelete